FOLLOWERS

sinar harian & sukan


Sukan.Sport.Riadhah...

Sebut sahaja pasti akan semua orang akan tersenyum.Aktiviti yang semua orang sukai dan  pasti akan merasainya dalam hidup.Semua orang pasti ingin enjoy dalam bersukan, semua orang pasti ingin menang dalam pertandingan dan semua orang juga pasti ingin sihat dalam bersukan. Ingat lagi tentang satu pepatah arab

العقل سلم في جسم سلم
“Akal yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat”

Pepatah ni saya belajar waktu zaman sekolah menengah.hehe...OK, bila sebut sahaja sekolah menengah pasti semua orang pun ada kenanganya. Jom kita lihat sukan pada zaman sekolah dahulu dan masa sekarang. So, saya nak jemput semua orang lihat di media massa iaitu paper yang paling hot sekarang. Sila klik sinar harian

Bangga la jugak sekolah masuk paper.banyak kali dah.la.huhu...    Sebab itu saya suka main bola tampar sampai jadi atlit mahaad..haha  Tapi bukan itu yang saya nak ketengahkan tetapi untuk menyebarkan  maklumat kerana sebelum ini sekolah agama susah benar untuk  masuk paper walaupun masih ramai student yang menjadi best student dalam akademik, kokurikulum mahupun sukan didalam negeri Kedah dan juga Malaysia.Ingatlah, ini bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi demi menyebarkan islam tercinta. Alhamdullah , sekarang negeriku sudah dipimpin oleh pemimpin yang paling paling paling layak sekali memegang amanah ini. Usah berbicara lagi jika tidak kenal akan al-fadhil Ustaz Azizan, Menteri Besar. Kami rakyat Kedah amat berbangga  sekali atas pencapaian ini. Insyallah selepas ini banyak lagi kebenaran akan terbukti. Ini juga membuktikan bahawa pelajar agama juga mampu bersukan walaupun memakai baju labuh untuk bermain bola jaring dan seluar panjang untuk bermain bola sepak tetapi tetap menjadi juara. Usah kita terpengaruh dengan propaganda murah  yahudi untuk menjadi seorang olahragawati/olahragwan sehingga sanggup menggadaikan badan untuk dibakar pada hari kiamat kelak. Ketahuilah bahawa islam itu tidak memberatkan lagi menyusahkan ummatnya. 

Kita sebagai rakyat patut mengetahui sesuatu dari sekecil-kecil hama hingga sebesar-besar gajah dalam  mengetahui kebenaran dan kebatilan. Samalah jugak dengan dengan sukan walau ia dianggap perkara sampingan dan remeh tapi harus dititik beratkan. Jangan kita lupa bahawa Rasulluallah juga suka bersukan iaitu :

1)      1) Menunggang kuda
2)      2) Berenang
3)      3) Memanah
                                                      
                                                        So, jom bersukan untuk diri sendiri ^_^









0 ulasan:

Blogger Template by Blogcrowds