6 tahun yang lalu
FOLLOWERS

Hebat tak???
Cantiknya kereta baru saya!!!
Hari ini saya dapat lesen kereta okey... lulus...=)
Jom sapa-sapa nak ikut jalan-jalan. Lesen motor dah boleh simpan.belagak betul.
Takut jugak nak test jpj hari ni, tapi tak la macam nak ambik exam.huhu... Takut nak kena ambik lesen lagi sekali sebenarnya, nanti lagi lambat la nak pegang stereng sendiri.haha....Ok, first kena test Bahagian A, ada 3 bahagian. Mula-mula test "naik bukit", "parking" & "3 penjuru". Rezeki apa ntah hari ini saya pun tak tahu.Rezeki jangan ditolak, itu pesan orang tua-tua ye. Lepas saya habis test 2 bahagian iaitu "naik bukit" &" parking" , tester dah bagi saya lulus 3 bahagian terus. Then, tester suruh saya ke Bahagian B terus iaitu test jalan raya. Saya tak test lagi "3 penjuru", huuuuh.... jangan jeles ye....
Okey satu test dah lepas, bahagian B lagi best. Nak tahu sebab apa??? Tester Jpj ada disebelah ! Lagi takut sebab tadi bahagian A tidak ada tester dan sekarang berdua dengan tester. Tapi jangan risau sebab dia bukan harimau pun.hehe... tester yang cakap ye... Saya pun drive la dengan bergayanya... Senyap sahaja tester ni, saya buat salah ke? " adik blajaq mana?" cakap pun.huhu.... rancak sangat bersembang sampai tak sedar dah sampai =)
Nak tahu sembang apa?Ini yang nak cerita ni..
Saya pun jawab soalan tester tadi, "baru habis belajaq', maybe dia tengok cara pakaian saya kot sebab rasanya saya yang paling pelik. Sembang dan bersembang sampai la dia tahu saya siapa dan saya tahu siapa dia. Banyaknya saya tanya soalan dekat tester.Rasanya tak pernah dibuat dek orang pelatih menguji tester.hehe...Banyaknya ilmu baru yang saya dapat dari beliau.
" Adik, nabi yang paling miskin, nabi Isa. Nak tahu kenapa? Sebab nabi Isa tidak ada bapa. Nabi paling kaya, nabi Sulaiman.Kenapa semua nabi malu nak jumpa dengan Allah pada hari kiamat kelak kecuali nabi Muhammad sahaja? Sebab nabi Muhammad sahaja yang tidak pernah buat dosa, nabi lain pernah melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka seperti nabi Nuh meminta doa supaya selamatkan anak dan isteri beliau dari banjir.Ini kerana allah murka kerana mereka itu kafir. Nabi Musa pulak pernah terbunuh dengan menampar seorang lelaki kerana ingin meleraikan perbalahan yang berlaku pada lelaki tersebut dengan lelaki lain.Tetapi , Allah maha Pengampun. Nabi adalah utusan Allah yang paling mulia.Mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi dari dosa-dosa. (Dalam hatiku, nabi malu untuk berhadapan dengan Allah sebagai pencipta alam,bagaimana pula kita sebagai hambaNya yang lemah ini.)
Adik mesti menjaga makanan dari benda-benda syubhah dan selalulah makan kurma sukaan nabi untuk mengekalkan hafalan.(Semoga Allah sentiasa menjagaku.) Saya setiap hari akan minum air yang dibaca surah al-fatihah sebanyak 7kali. Saya akan berhadapan dengan orang ramai dan pelbagai cubaan dan ini akan menjaga saya.Subhanallah...hebat3x... "
Rupanya beliau merupakan salah seorang bekas pelajar Pondok di Jitra... =)
Sukan.Sport.Riadhah...
Sebut sahaja pasti akan semua orang akan tersenyum.Aktiviti yang semua orang sukai dan pasti akan merasainya dalam hidup.Semua orang pasti ingin enjoy dalam bersukan, semua orang pasti ingin menang dalam pertandingan dan semua orang juga pasti ingin sihat dalam bersukan. Ingat lagi tentang satu pepatah arab
العقل سلم في جسم سلم
“Akal yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat”
Pepatah ni saya belajar waktu zaman sekolah menengah.hehe...OK, bila sebut sahaja sekolah menengah pasti semua orang pun ada kenanganya. Jom kita lihat sukan pada zaman sekolah dahulu dan masa sekarang. So, saya nak jemput semua orang lihat di media massa iaitu paper yang paling hot sekarang. Sila klik sinar harian
Bangga la jugak sekolah masuk paper.banyak kali dah.la.huhu... Sebab itu saya suka main bola tampar sampai jadi atlit mahaad..haha Tapi bukan itu yang saya nak ketengahkan tetapi untuk menyebarkan maklumat kerana sebelum ini sekolah agama susah benar untuk masuk paper walaupun masih ramai student yang menjadi best student dalam akademik, kokurikulum mahupun sukan didalam negeri Kedah dan juga Malaysia.Ingatlah, ini bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi demi menyebarkan islam tercinta. Alhamdullah , sekarang negeriku sudah dipimpin oleh pemimpin yang paling paling paling layak sekali memegang amanah ini. Usah berbicara lagi jika tidak kenal akan al-fadhil Ustaz Azizan, Menteri Besar. Kami rakyat Kedah amat berbangga sekali atas pencapaian ini. Insyallah selepas ini banyak lagi kebenaran akan terbukti. Ini juga membuktikan bahawa pelajar agama juga mampu bersukan walaupun memakai baju labuh untuk bermain bola jaring dan seluar panjang untuk bermain bola sepak tetapi tetap menjadi juara. Usah kita terpengaruh dengan propaganda murah yahudi untuk menjadi seorang olahragawati/olahragwan sehingga sanggup menggadaikan badan untuk dibakar pada hari kiamat kelak. Ketahuilah bahawa islam itu tidak memberatkan lagi menyusahkan ummatnya.
Kita sebagai rakyat patut mengetahui sesuatu dari sekecil-kecil hama hingga sebesar-besar gajah dalam mengetahui kebenaran dan kebatilan. Samalah jugak dengan dengan sukan walau ia dianggap perkara sampingan dan remeh tapi harus dititik beratkan. Jangan kita lupa bahawa Rasulluallah juga suka bersukan iaitu :
1) 1) Menunggang kuda
2) 2) Berenang
3) 3) Memanah
So, jom bersukan untuk diri sendiri ^_^
So, jom bersukan untuk diri sendiri ^_^
Selamat Datang....
Selamat Kembali…
Welcome Back…
Sekarang saya kembali mengadap blog… Baru berjinak-jinak dalam dunia blog dalam beberapa bulan yang lalu selepas saya telah mencapai cita-cita saya iaitu al-Quran… Habiskan al-Quran dan mulakan penulisan blog dan itulah janji saya pada diri sendiri… Alhamdullah saya berjaya dan itulah janji saya pada sahabat-sahabat yang banyak bertanya bila nak ada blog…. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia blogger ini, sebenarnya tidak pernah memberitahu tentang kalamhurunain.blogspot ini. .. Sekarang baru bersedia untuk memberitahunya.… maaf-maaf ye Bukan apa, sebenarnya saya sibuk dengan peperiksaan akhir semester selepas pembikinan blog ini… haha alasan-alasan...
2 bulan sudah tamat pengajian , jadi faham-faham la soalan cepumas akan terjah bila-bila masa…pakcik,tokcik,sahabat,rakan,teman,sepupu,cikgu,ustaz,ustazah dan banyak lagi la…
= bila nak kawin….?
=kerja apa sekarang….?
=nak sambung belajar mana lepas ni….?
= sekarang buat apa….?
Macam –macam soalan sampai boleh buat karangan?... huhu….
Oleh kerana itulah saya sangat rindu akan sahabat-sahabat yang disayangi…
Oklah satu jawapan yang ingin saya beri pada semua soalan. Saya nak tumpukan perhatian pada blogger.Sekarang saya akan menjalinkan ukhwah persahabatan dengan rakan-rakan blogger...insyallah saya akan aktif blog kembali.....Rakan-rakan facebook, saya nak berehat sekejap f.b sehingga masa ditentukan... boleh percaya ke?... hihihi
KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT BARU BLOGGER SAYA…
sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan
Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan
Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
Dengan terpandang wajahmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Membacanya
Ilmu ku bertambah
Ilmu ku bertambah
ada pepatah mengatakan "jangan lindungi dirimu dengan pagar, tetapi dengan sahabat-sahabatmu"
SALAM PERKENALAN…
SALAM TA’ARUF
SELAMAT BERBLOGGER….=)
*nak ekspedisi ke dunia masyarakat pulak*
Apa perasaan sekarang tak dapat nak cakap, tak dapat nak digambarkan. Gembira, sedih, seronok, takut, gementar, macam-macam yang ada di dalam satu jasad ini. Inilah yang dinamakan manusia, ataupun insan. Sama ja! Tapi bagi ana maksudnya tak sama. Nak tahu kenapa?? Insan datang dari perkataan “nasia” . Itulah yang bermain di fikiran ini. ”Nasia” maksudnya “lupa”. Itulah kebenarannya. Itulah hakikatnya. Nak tahu tak ana ada kat mana sekarang. Sekarang tengah menaip kat tempat paling menarik sekali. Rasa-rasa apa?? Masjid DQ. Tapi perasaan….
Berdebar sangat ni sebab baru habis 2 majlis yang istimewa sekali selama ana tinggal dekat sini dan sekaligus menjadikan majlis yang terakhir bagi ana dan kawan- kawan seperjuangan selama berada di rumah kedua kami ini. Jom nak cerita sikit….
Pagi yang amat berangin sekali, ( musim angin ) banat dengan jubah labuhnya serta tudung bulat yang tersarung kemas lagi bergaya berpusu-pusu berjalan ke Dewan Muktamar. DQ ada banyak musim, musim angin, panas, kering, sejuk tapi salji saja tak pernah ada (^_^). Kasut jangan ditanya, semua berkilat dan memang kalah kasut tentera. Tapi jangan risau , banat tak tabarruj. =) Jauh jugak perjalanan nak sampai ke dewan, sebab hati berdebar-debar kot ataupun masing- masing dah tak sabar nak jumpa ibubapa masing-masing. Banin pun samalah jugak beramai-ramai ke sana. Mereka dengan serban dan jubah yang tak dapat dipisahkan. =) Baju pada majlis ini bertemakan warna silver. Cantik jangan nak dicakap, memang cantik sangat dan warnannya yang lembut. Tema Majlis Bersejarah ini adalah berkonsepkan Temporori. Pentas boleh dikatakan ala-ala majlis perkahwinan sebabnya ada pelamin, set payung, dan banyak lagi yang tak dapat nak disebutkan. Jangan fikir macam-macam ya.
Pagi-pagi lagi kami semua dah sarapan dan kemudian mendapat arahan untuk berkumpul di O.D. Berjalan pulak ke O.D macam nak pergi berperang. Lagi seronok rupanya dalam O.D, semua pakat bergambar, jadi jangan lepaskan peluang keemasan. Biasalah apabila semester akhir, beginilah ragamnya. Posing sana, posing sini sampai dah tak tahu nak tangkap apa.
Maka masanya telah tiba, waktu yang mendebarkan. Perarakan oleh pelajar-pelajar semester akhir, banin dan banat diiringi oleh paluan kompang untuk berarak masuk ke pintu gerbang Dewan Muktamar. Ia dimulai oleh banin dan diikuti oleh banat di belakang. Alunan selawat dan zikir telah kedengaran bergema bagi meraikan pelajar-pelajar. Kami semua bararak dalam perbarisan dan menggambil tempat yang telah disediakan. Waktu inilah ibubapa melhat putera-puteri kesayangan mereka, anak-anak yang telah berjaya dalam berjuang pada kalam Ilahi, insyAllah. Tiba-tiba pipi terasa panas, perasaan halus telah mempengaruhi. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu.
Jangan risau majlis berlangsung dengan aman sekali. Muqaddimah majlis dimulai oleh ucapan dari wakil pelajar Semester 6 , Semester Intelektual Bi Akhlaqil Qur’an (I.T.Q.A.N ) oleh saudara As’ad yang juga merangkap sebagai Pengerusi semester akhir. Syukran jazilan kepada ibubapa guru-guru, rakan-rakan dan semuanya!
Selepas itu, ucapan oleh Pengarah JAKIM dan Pengarah DQ. Menariknya, ucapan dari Pengarah JAKIM pada hari tersebut telah membuatkan ibubapa mengalirkan air mata. Beliau telah menjadi wasilah pada kami semua. Subhanallah.. Ucapannya yang amat menyentuh hati qalbu bagi sesiapa yang mendengarnya apatah lagi amanat-amanat yang disampaikan kepada pelajar sebagai hamalatul Quran dan kepada ibu bapa. Tanggungjawab yang diamanahkan itu perlu dilaksanakan. Di alkisahkan antara salah satu amanatnya adalah kepada pelajar banat J. Ucapan beliau, “ Carilah kepada anak-anak perempuan kalian suami yang soleh, itu adalah salah satu tanggungjawab kepada mereka.”. Bertuahlah banat-banat apabila mendengar ini. Sebagai selingan cerita, di alkisahkan…
Seterusnya, banin mengambil tempat di atas pentas seramai lebih kurang 150 orang. Acara kemuncak dimulakan. Mereka mengalunkan ayat–ayat suci al-Quran bermula dari Surah ad-Dhuha sehingga Ummul Qur’an. Ia diakhiri oleh bacaan doa khatamul Qur’an oleh al-Fadhil Ustaz Sya’bani bin Haji Awang.
Lagi satu, ana dah mula gelabah. =)) Lepas ni kena naik pentas. Segan la jugak, tapi cuba untuk gagahkan diri. Sijil telah berada di dalam genggaman, maka bersiaplah menghadapi hari yang bakal mendatang. Diringkaskan, majlis berakhir dengan kenangan yang amat indah sekali ….
JANGAN LUPA YA ADA LAGI SATU ……….
“ Malam 1001 KENANGAN”. Malam sudah menjelma. Makan Malam episod yang dinanti-nanti. Nak tahu tak makan apa?? Nasi minyak, kambing bakar, ayam masak merah, dalca, dan macam-macam lagi la. Malam ini bertemakan warna hitam, coklat dan ungu. Memang menawan sekali! Biasalah pakaian rasmi banat adalah jubah dan banin pula kemeja. Kami diberi amanat yang disampaikan oleh penasihat guru semester iaitu al-Fadhil Ustaz Yusri bin Chek. Majlis Makan Malam ini juga diserikan oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, al-Fadhil Ustaz Paimuzi bin Yahya. Pengarah DQ datang lagi bertambah gembira. Kenangan manis terakam pada malam itu. Nak cerita memang tak cukup kertas J. Nasyid, tayangan dan sebagainya. Tayangan sketsa yang dilakonkan oleh pelajar banin sebagai hamalatul quran telah menggambarkan kehidupan kami di luar bagi mengaplikasikan ilmu yang ada didada amat memberi kesan dan peringatan kepada semua pelajar. Kehidupan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi setelah tamat pengajian di DQ. Ingatlah, bergembira adalah sebagai tanda syukur pada Ilahi dan beringatlah dalam bergembira, taklifat kita sebagai pelajar DQ belum berakhir.
Harapan penulis merakamkan kenangan ini adalah memberi peringatan kepada diri ini terutamanya. Ana juga mengharapkan ramai lagi yang bercita-cita dan akan merialisasikan ibadah mulia ini dan dalam memartabatkan kalam ilahi. Inzar telah diingatkan oleh Maha Pencipta “ Sesungguhnya dunia ini adalah mainan “. Beruntunglah bagi manusia yang menjadikan dunia ini sebagai tanaman dan mengutip hasilnya di Hari Kekal kelak. Sahabat seperjuangan, jangan disangka kita telah diberi tiket VIP ke Jannah, sebaliknya hinakanlah diri pada yang Maha Esa . Sesungguhnya Allah berfirman lagi “ Janganlah kamu berputus asa pada rahmat Allah… : Yusuf 87 ” , “ Sesungguhnya janji Allah itu benar “ . Moga kita dikumpulkan dengan para solihin kelak. Amin ya rabb…..
Nak tengok????
cenderahati ...... cantik???
indahnya pintu gerbang
Dewan Muktamar..................
Klimaks Majlis.... =)
Pelamin ke ni?..................
Sedapnya!!
( ^_^)
cenderahati ...... cantik???
indahnya pintu gerbang
Dewan Muktamar..................
Klimaks Majlis.... =)
Pelamin ke ni?..................
Sedapnya!!
( ^_^)
Kelas Tasmikku...
Imtihan akhir lagi seminggu….
Mohon doakan najah ye…….
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”
SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat ku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar muhasabah dalam erti kata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..Ya Allah betapa bertuahnya bilamana diriku diuji... Ya Allah bahagianya bilamana aku yang di pilih merasainya.... Ya Allah adakah benar akan dimakbulkan taubatku....
* Ya Rabbi.....
Yang Maha Pemurah lagi Maha. Penyayang....
Yang Maha Mengetahui. Lagi Maha Mengasihani.....
Yang Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana.....
Langgan:
Catatan (Atom)







