FOLLOWERS

kata hati


 
Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya

Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

 
 

 
 
 
 
 



 

SUBJEK GRAFIK







SELAMAT DATANG!
AHLAN WA SAHLAN!
WELCOME TO MY BLOG!


Pertamanya terima kasih buat Miss Nurul Fathihin binti Mohd Noor sebagai guru subjek Grafik.

Beliau telah member tugasan sepanjang semesti 2,Kuliah Quran Dengan Multimedia,Universiti Sains Islam Malaysia iaitu pembikinan sebuah blog.

InsyALLAH, pembikinan blog saya selepas ini akan diperbaharui dan akan berjalan seperti biasa.
Terkini saya akan menerima pelawat dari rakan-rakan sekelas dan terutamanya guru saya yang masih kelihatan muda =)

Terima kasih juga buat rakan online yang terdahulu,sekarang dan selamanya yang tetap member perangsang kepada saya dalam kita berkongsi laman blogger.
SEKIAN…




 Saya suka grafik dan madam saya  nak 4.0 =)

WANITA CANTIK!

cantik kan gambar ni....
tapi saya bukan nak bagitahu siapa pengarang jantung saya...


Pagi-pagi kelebek laptop oren saya hari ini tetiba jumpa gambar ini.Rasa cantik sangat.Mungkin kerana mimpi mendapat sekuntum bunga ros segar.Bangun pagi hujai renyai-renyai bertambah lagi nak sambung berangan.Bagi wanita bila tengok bunga merah hati ini pun boleh senyum seorang,apatah lagi boleh tidur diatasnya.Tinggi betul cita-cita tambahan hari ini.Senyum ^_^


sebut     ROS           terbayangkan      PEREMPUAN
sebut     PINK         terbayangkan       PEREMPUAN
sebut     CANTIK   terbayangkan       PEREMPUAN


Benarlah syair telah menyebut dan mengatakan bahawa wanita hiasan duniawi.

Banyak kelebihan wanita untuk dirungkaikan.Hari ini kita boleh lihat wanita bukan sahaja hiasan duniawi malahan wanita boleh menggegarkan dunia dengan kelembutan dan kadang-kadang boleh membuatkan dunia seakan terbalik dengan tersalah langkahnya didalam keistimewaanya.


Kesalahnya mungkin boleh dikategorikan oleh saya sebagai tanda akhir zaman mungkin.Jangan sesekali meletakkan 101% kesalahan pada mereka yang bergelar gadis secara lazimnya.Mungkin kata-kata saya ini membuatkan anda sebagai pembaca mengatakan saya pembela wanita-wanita murahan diluar sana.Kita harus sedar bahawa sekarang kita sebagai ummat islam berada diambang bahaya dan teramat bahaya.Remaja khasnya lebih di ajar kehidupan secara librelism berbanding kehidupan islamic.Mereka yang boleh saya katakan masih mentah di dalam ilmu islam tidak boleh membezakan permata dan kaca,islam atau nafsu,atau lebih senang untuk dikatakan bahawa " jajahan akal dan fikiran "

~ ISLAM KAN BERSAUDARA ~


Bagi yang masih mencari apa itu islam juga boleh tersalah sasar dengan termasuk didalam penipuan tudung labuh dan serbannya atau songkok dan kopiah putihnya.Zaman sekarang ,jika Lisa Suriani boleh dikategorikan actor paling popular malahan juga golongan ini turut menyertainya.Mereka berlakon seolah seakan-akan memahami agama dan menarik ramai remaja yang mula berjinak-jinak dengan agama.Tambahan pula kuasa internet yang hanya dihujung jari dan terdapat pelbagai laman web yang boleh merosakkkan akidah sebagai ummat islam.


Masih tidak boleh dinafikan bahawa gerbang ilmuan masa kini sudah terbuka luas.Sebagai manusia bijak carilah ilmu dipelusuk alam mahupun diluar planet.Ikhlas mungkin menjadi kunci untuk menerima hidayah dari Ilahi. Doalah pada tuhan pengusa langit dan bumi.

Ingatkah kamu pada kalamNya :
" SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGANGKAT DARJAT  HAMBANNYA YANG BERILMU "





Tetapi saya teramat hairan + pelik manusia dan insan yang amat mengenali agama masih di alam dunianya sendiri dan malahan lebih dhaif dari seorang mualaf yang amat dahagakan kehidupan seorang islam. Bukan untuk menuding jari tetapi sebagai peringatan diri yang semakin terpesong melihat keindahan dunia ini.Segan lah kita dimata manusia kerana manusia dicipta dari Penciptanya yang kita wajib segani.


Jika tidak mampu menjadi PENDOKONG agama,
Jadilah sebagai seorang PENYOKONG agama,
DAN bukanlah seorang PENGONGKONG kepada agama.










Sketsa budak tadika 5 tahun di sebuah tadika.

Budak A: Pemadam hilang seketul. (nanes2)

Budak B: Sabar2. Ujian je tu. Nah..ambik pemadam saya. Jangan nangis2 ye.

Budak A berhenti nangis dan tersenyum.
Setengah jam kemudian. Budak B lak nangis.

Budak A: La..nape nangis ni?

Budak B: Pemadam yg saya bagi tadi tu mama saya yg bagi. Tibe2 saya rasa kehilangan (pemadam) lak. Yelah, saya kan tecik lagi. Saya tatau nak wat apa, saya nangis lah. Saya tgh pk Allah bagi lagi ke tak pasni untuk saya rasa nikmat memiliki seketul pemadam. Mak kata, kalau Allah sayang, Allah bagi nikmat. Saya tgh pk Allah sayang ke tak. Kalau Dia tak sayang sy camana?

Ustazah terdengar perbualan Budak A dan B dtg menghampiri.

Ustazah: Nah..pemadam ustajah utk kamu. Sure la Allah syg.

Budak B dan A: Nanti ustajah lak nanes2 tade pemadam.

Ustazah: ( senyum )

----
Malamnya, ustazah nangis betul2. :p

6 bulan

Allahu Akbar…Alhamdulilllah…

Alhamdulillah aku dah masuk ‘U’ !

So,busy la katakan kat Meser ni.opsss USIM.Tak kelakar pun okey.
Biasalah cita-cita tak kesampaian macam tu lah kot gayanya. Sepanjang aku bergelar mahasiswi tak sempat nak buat apa-apa.Baru nak rasa jadi pelajar U.
Mulanya jejak kat u seronok la rasa sesab memang nak rasa suasana u jadi sebab tu la aku pilih USIM terchenta ni bukan USIMDQ.kononnya la,ok syok la jugak orentasi ada geng-geng DQ. Jadi bangga la jalan-jalan ada keng kawan sekepala tapi kami semua baik-baik.amin…

Jadilah aku sebagai pelajar semester 1 Pengajian Quran & Multimedia di Fakulti yang paling besar kat sini.Nak dijadikan cerita baru 2 hari baru bergelar mahasiswi, laptop rosak yang baru aku beli kat DQ dulu dan kini miskin secara tiba-tiba.Facebook pun terberhenti sementara.Tapi facebook tak apa lagi coz kempunan aku pun boleh dirawat dan yang menjadi halnya dan menjadi masalah kecil dan besar adalah assignment , forum, kerja sekolah, berita-berita baru,hangat,sensasi mana nak korek? Hubungan dengan kawan-kawan lama aku? DQ mana ada semua benda alah ni.Dulu tak penah rasa buat kerja sekolah, yang aku taHu bangun pagi-pagi buta untuk prepair modal, kalut-kalut p kelas hantar modal , tengahari tidur seDQ  dan seterusnya malam pergi masjid cantik sambung mengaji sikit, balik bilik makan dengan gelak-gelak then terus tidur.Happy kan belajar macam tu tapi jiwa siapa tahu.Tambahan pulak ada tasik DQ yang cantik menjadi kegilaan photografer.Tapi yang nak ditekankan disini bukanya tasik yang tenang tu TETAPI suasana disini yang berubah 399 darjah.Walaupun kekadang tu menangis di DQ ada orang pujuk.Itu yang syok nak menangis,tapi tak nak jugak menangis setiap hari,sakit =)

Semua kerja aku tak beres sebab 1 LAPTOP.Tapi ada pepatah hendak 1ooo daya then sambung sendiri
..
Tapi tolong faham ya!

Lagi 1 agak malu juga nak cakap saya tiada kawan di sini.titik…
1 sebab saya seorang yang senyap...
 
Dulu menjadi adik manja dan kena bertukar jadi kakak paling baik hati lagi comel.Nama saya Hikmah Zakaria dan ini tiada kaitan pun sebenarnya.

kak tolong kejap? Kak dulu dah belajar kan? Kak ni pandai la? Kak ni apa-apa la? Kak kan kakak? Lagi??  Kak nak makan lagumana? kak nak jalan guna apa? logik ka...ce citer....
Allah....

Seterusnya hidup keseorangan ni kadang-kadang sunyi jugak kan tapi siapa tak kenal aku muka sentiasa steady tapi hati macam gelas retak seribu.Tahu!!Cukup buat drama disini.Tapi someone sudi dengar. Senyum tak perlu kata apa-apa ^_^
“Bulan 6 habis insyAllah” say Bushra Yahaya

Agak apa perasaan bila kawan cakap dia dah nak habis belajar??
Baru lepas chatting dengan sahabat baik + sekelas. Makluman semua saya akangread  dalam 3-4 tahun lagi.InsyAllah.Jadi sama-sama doakan kejayaan saya.Terima kasih bebanyak.
Kawan-kawan yang masuk Universiti selepas keluaran diploma mungkin faham perasaan itu.Lain kan??Jadi pendapat masing-masing.Bagi saya banyak beza bila belajar dengan junior + adik-adik,junior kepada classmate ,junior kepada junior dan sebagainya. Tapi ini adalah jalan saya pilih. Bak pepatah yang memujuk hati semua insan. Life must go on.True but right.
(Ehem..selingan..post kali ni hanya cerita saya )
Sambung ya.
Pergi maktabah sorang-sorang,
Pergi kelas sorang-sorang,
Pergi……sorang-sorang…bla3……

1 saat ada kerja sekolah kena hantar before subuh keesokan harinya.sampai pukul 8.24 pagi aku masih tak buat satu pun lagi ayat.Aku turun bawah then " kak pinjam laptop kejap ".Terpaksa ganggu walaupun aku tahu kakak ini pun sebuk.Terima kasih banyak kak Pip yang selalu dengar celoteh aku walaupun tak sampai dua bulan.Tapi mana nak cari seorang majestret dengar luahan hati peserta lumba lari pecut.Jadi kamu boleh menilai yang mana satu kaya atau permata ayau berlian.Jadi pilih kawan bukan lawan.hehe..Lebih kurang 15 minit siap kerja.Alhamdullah hantar jugak walaupun kelewatan.Seorang pun tidak sudi pinjamkan.Tapi saya faham mereka perlukan laptop juga kerana kerja sekolah yang susah.Dan terima kasih kerana buang namaku dari list penghantar kerana hanya satu sebab iaitu tiada nombor kad pengenalanku.Bayangkan O_O

T_T

Syukur padaMu.Allah kurniakan jugak kawan-kawan yang kadang-kadang faham jugak perasaan aku.Aku rasa boleh tambah ilmu bila da dengan mereka.Maaf, saya ini bukan seorang yang suka memilih kawan  dan orang tua-tua cakap kawan biar 100000.. Tapi mungkin juga demi maslahah diri dan batas hidupku. Jangan kuatir saya tetap senyum kepada semua orang hatta yang menghina saya secara berdepan.Senyum itu kan satu sedekah. Terima kasih kepada kamu dan mungkin kerana kak suka tengok kamu berpakaian dan menghormati orang lebih tua.Terima kasih sekali lagi untuk kamu berdua jiranku.


Jadi kesimpulannya saya ada jugak kawan =)
Boringnya ceritaku harini.Kahwin mesti tak boring.Biasa la umur macam saya sekarang faham ja la.hehe ^_^

Kawan sekolah rendah,menengah,DQ dan termasuk sem 1 usim semua dah ambil undi kerusi 1,2,3 dan saya lambat lagi rasanya untuk mendapat carta Top Ten.

Insyallah saya akan buat keputusan setahun dari sekarang dan esok saya masuk SEMESTER 2.Sudah berlalu 6 bulan....
Salamalaik…





Blogger Template by Blogcrowds