FOLLOWERS

KISAH CINTAKU


KISAH CINTAKU

           Suatu pagi  aku  terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...

Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”

SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”

Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat ku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar muhasabah dalam erti kata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..Ya Allah betapa bertuahnya bilamana  diriku diuji... Ya Allah bahagianya bilamana  aku yang di pilih merasainya.... Ya Allah adakah benar akan dimakbulkan taubatku....

* Ya Rabbi.....
Yang Maha Pemurah lagi Maha. Penyayang....
Yang Maha Mengetahui. Lagi Maha Mengasihani.....
Yang Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana.....

Hurunain....... ;)


Aroma  haruman mawar  terus meleket di lingkaran hati-hati  kurniaan ilahi.  Harum segar mawar bukan sekadar di cium, indah kelopak bukan sekadar dikagumi, , tapi durinya yang  mampu menarik hati padaMu. Mawar  itu perempuan dan perempuan itu mawar. Misal  yang tidak akan dapat diubah lagi! Manakala haruman bidadari-bidadari  syurga telah menjadi igauan bagi permata-permata duniawi iaitu perempuan-perempuan yang impikan syuga ilahi. Allahu akbar…



HurunAin…. Bidadari…… Angel………

Apa ya??
Ia adalah bidadari yang bermata bening. Bidadari adalah wanita-wanita  yang cantik bagaikan permata yang bercahaya. Kesempurnaan bidadari  lebih sempurna dari wanita-wanita cantik di dunia. Bagaikan mutiara dengan air muka bijaksana. Wajah yang bersinar bagai bulan. Seolah-olah batu permata yakut dan intan berlian yang berkilau-kilauan. Kecantikan bidadari tidak dapat dihuraikan oleh kata-kata, dan bidadari lebih cantik dari apa yang di khayalkan dan di impikan.

Setiap perbuatan akan  mendapat balasan. Syurga dan Neraka adalah penentunya. Sesungguhnya Allah s.w.t  telah menjanjikan kepada lelaki-lelaki soleh pendamping dan teman di syurga kelak iaitu bidadari-bidadari syurga.  “Tak kenal maka tak cinta”. Jom kita tinjau-tinjau dengan lebih dekat lagi siapakah yang di katakan bidadari-bidadari syurga ini.

و حور عين
BIDADARI YANG CANTIK PARASNYA

MUTIARA-MUTIARA YANG TERSIMPAN DENGAN BAIKNYA

Bertepatan dengan sabda Rasullullah yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : “ bahawaKu sediakan hamba-hamba ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah di dengar oleh telinga,belum pernah  tergambar didalam sanubari manusia”.

Subhanallah… memang tidak dapat di sangkal lagi akan keindahan ciptahanNya. Bidadari di ciptakan dari 4 warna iaitu putih, hijau, merah dan kuning. Tubuh badanya dari 4 unsur iaitu za’faran, miski (kasturi), ambar (wangian), kafur (mayang kurma). Dinamakan hurunain juga kerana matanya yang mempesona. Matanya di gelar ’ilinun iaitu lebar mata dan bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang dan lebar mata yang  sangat indah mempesona  serta mata bagaikan kijang atau sapi muda liar, bulu mata bagaikan sabit di bulan sya’ban dan kening bagaikan bulan yang  baru muncul. Bentuk tubuh yang anggun,bau badan yang harum semerbak, bibir semanis gula, mata yang indah mnawan dengan bulu mata melengkung bagaikan sepasang busur yang ditekuk, seraut wajah yang kecermelangan, bagaikan cahaya bulan purnama bagaikan sebuah bintang yang besar dilangit. 

Ana boleh katakan disini , orang akan kehilangan akal dan hilang fikiran sehingga ia boleh jatuh pengsan. Rahsia yang bukan menjadi rahsia lagi. Bidadari bernyanyi. “Kamilah wanita yang baik dan cantik yang disediakan untuk suami yang berbudi baik”. Sesunggunya bidadari menunggu suaminya dengan penuh sabar bakal suaminya yang masih hidup atau yang  sudah meninggal.  Sesunggunya suami isteri yang soleh akan di kumpulkan semula dan tetap akan dihadiahkan bidadari. Timbul persoalan???  Apa yang akan diperoleh oleh wanita sedangkan orang lelaki akan mendapat bidadari???

La tahzan=))

Pernahkah kita mendengar sesungguhnya kekasih Allah telah bersabda dan mengatakan bahawa wanita di dunia telah menjadi tua kulitnya telah berkeriput di bentuk semula oleh Allah menjadi gadis  yang cantik sebaya umurnya. Lagi satu jom  kita mengungkap rahsia bidadari syurga. Bidadari memiliki sifat yang amat-amat cemburu sekali. Walaupun suaminya masih di dunia , bidadari sangat kuat cemburunya.Tiada seorang isteri menggoda suaminya, melainkan bakal isterinya di syurga berkata : celakalah engkau jangan ganggu dia sebab hanya sementara berkumpul bersamanya dan hampir meninggalkan engkau untuk  berkumpul bersama kami. (riwayat Termizi). Jom  kita lihat kalam Allah berfirman :  Ya tuhan kami ,masukkanlah mereka itu ke dalam syurga yang kekal yang telah engkau janjikan kepada mereka, dan masukkanlah orang-orang  soleh diantara bapa-bapa, isteri-isteri , dan anak mereka. Jadi, muslimah-muslimah jangan risau ya. =))

Muslimah- muslimah yang telah berkahwin akan di kumpulkan  semula dengan suaminya di dunia dahulu. Manakala akhwat yang tidak berkahwin akan di kahwinkan dengan ahli syurga. Allahu akbar. Wanita-wanita solehah akan menjadi ketua bidadari-bidadari  syurga. Sesungguhnya martabat wanita dunia itu  lebih tinggi dan bernilai.

Wanita itu mudah ke syurga.Wanita itu juga terlalu senang ke neraka. Maka beruntunglah kerana mentaati suami dan ibubapa. Di syurga kelak perempuan-perempuan boleh pilih memasuki mana-mana pintu syurga. Beruntung... beruntung..... Hidup bahagia di dunia, senang di akhirat. Selamat beramal pada isteri-isteri solehah mahupun bakalnya.Tenanglah muslimin dalam berjuang dalam agamamu. Jadikanlah janji -janji tuhanmu sebagai pembakar semangat dalam menegakkan agama yang tercinta.... Bergembiralah anda wahai jundi-jundi rabbMu wahai banin dan banat ...... Syurga......Syurga itu manis,…….

Nasyid yang menyentuh kalbu…. Insyallah sebagai pembakar diri kita semua bergelar hambanNya…..Terimalah




Dirimu pembakar semangat perwira,
Rela berkorban demi agama,
Kau jadi taruhan berjuta pemuda,
Yang bakal di nobat sebagai syuhada,
Itulah janji pencipta, Yang Esa.

Engkaulah bidadari syurga,
Bersemayam di mahligai bahagia,
Anggun gayamu wahai seorang puteri,
Indahnya bermandi seri.

Menjadi cermin tamsilan kendiri,
Untuk melakar satu wacana,
Buatmu bernama wanita.

Ainul Mardhiah,
Kau seharum kuntuman ditaman syurga,
Menantinya hadirnya seorang lelaki,
Untuk menjadi bukti cinta sejati.

Oh tuhan ,
Bisakah mencari di duni ini ,
Seorang wanita bak bidadari,
Menghulurkan cinta setulus kasih,

Dihati lelaki bernama kekasih.
[TAJUK> AINUL MARDIAH
ARTIS> UNIC
LIRIK>  US PAHROL MD JUOI]



Blogger Template by Blogcrowds