FOLLOWERS

Siapa suka jadi cikgu??

"..dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis..peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.."





 



"Aku Cinta Akan Al-Qur'an "
 
 
 Kerana Imanku hanya senipis kulit bawang atau hama-hama berdeburan sahaja! Anak muridku baru habis exam minggu ini. Alhamdullah!.. markah mereka pun saya bersyukur sangat, bijak-bijak ramai berbanding zamanku waktu kecil-kecil dahulu.Tetapi ujian itu datang juga kepadaku yang baru bergelar guru ini & itulah lumlah seorang guru. Mengajar & mengajar. Ramai juga anak muridku masih merangkak-rangkak dalam membaca muqaddam. Dalam 10 orang mungkin. 


" Muqri. malam-malam baca muqaddam dak?" 

" Dak Ustazah..."


Inilah yang membuatkan diriku berfikir panjang. Bagaimana?... Bagaimana....
Dalam hatiku, usah ditanya apa perasaan... Umur 7,8 tahun di negara arab ketika ini sudah menghafal al-Qur'an, hadis dan sebagainya. 
Hatiku cukup bersyukur kerana dapat melihat anak muridku ini bersungguh-sungguh ingin membaca ayat suci ini. Ingin mempelajarinya. Ingin mendalaminya. Mengajar kanak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi dan saya memerlukan kekuatan itu.

Dan saya bukanlah ingin menyalah ibubapa dalam permasalahan ini, tapi ingatkah kita pada pepetah yang sudah tertanam dalam diri kita selama ini sebagai orang melayu, " meluntur buluh biarlah dari rebungnya".
Berubahlah, jika ingin anak-anak mendoakan kita di alam kubur kelak.



Ya, diri ini bertekad ingin memastikan anak-anak didikanku boleh membaca al-Qur'an suatu hari kelak.

Walaupun saya telah dilantik menjadi guru tetap, tapi perjuanganku dalam menuntut ilmu masih belum tamat. Hanya 4 bulan sahaja saya akan meneruskan perjuangan sebagai guru. dan akan melanjutkan pelajaran.
Insyallah.
Ya , dalam masa 4 bulan ini saya akan berusaha.

Anak-anakku pasti dapat membaca al-Qur'an...!


p/s Tolong doakanku ;)

Blogger Template by Blogcrowds