FOLLOWERS

Siapa suka jadi cikgu??

"..dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis..peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.."





 



"Aku Cinta Akan Al-Qur'an "
 
 
 Kerana Imanku hanya senipis kulit bawang atau hama-hama berdeburan sahaja! Anak muridku baru habis exam minggu ini. Alhamdullah!.. markah mereka pun saya bersyukur sangat, bijak-bijak ramai berbanding zamanku waktu kecil-kecil dahulu.Tetapi ujian itu datang juga kepadaku yang baru bergelar guru ini & itulah lumlah seorang guru. Mengajar & mengajar. Ramai juga anak muridku masih merangkak-rangkak dalam membaca muqaddam. Dalam 10 orang mungkin. 


" Muqri. malam-malam baca muqaddam dak?" 

" Dak Ustazah..."


Inilah yang membuatkan diriku berfikir panjang. Bagaimana?... Bagaimana....
Dalam hatiku, usah ditanya apa perasaan... Umur 7,8 tahun di negara arab ketika ini sudah menghafal al-Qur'an, hadis dan sebagainya. 
Hatiku cukup bersyukur kerana dapat melihat anak muridku ini bersungguh-sungguh ingin membaca ayat suci ini. Ingin mempelajarinya. Ingin mendalaminya. Mengajar kanak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi dan saya memerlukan kekuatan itu.

Dan saya bukanlah ingin menyalah ibubapa dalam permasalahan ini, tapi ingatkah kita pada pepetah yang sudah tertanam dalam diri kita selama ini sebagai orang melayu, " meluntur buluh biarlah dari rebungnya".
Berubahlah, jika ingin anak-anak mendoakan kita di alam kubur kelak.



Ya, diri ini bertekad ingin memastikan anak-anak didikanku boleh membaca al-Qur'an suatu hari kelak.

Walaupun saya telah dilantik menjadi guru tetap, tapi perjuanganku dalam menuntut ilmu masih belum tamat. Hanya 4 bulan sahaja saya akan meneruskan perjuangan sebagai guru. dan akan melanjutkan pelajaran.
Insyallah.
Ya , dalam masa 4 bulan ini saya akan berusaha.

Anak-anakku pasti dapat membaca al-Qur'an...!


p/s Tolong doakanku ;)



SILA KLIK SINI

assalamu'alaikum....




Buka facebook 1 MALAYSIA,
Buka blogger 1 UMMAH,
Buka surat khabar 1 DUNIA,
Buka television 1 NEGARA,


Agak-agak dapat pahala tak????

1 Sen ( $ ) pun tak dapat tau.....


ASSALAMU'ALAIKUM  dapat pahala...
SALAM 1 MALAYSIA tak dapat apa-apa...
SALAM 1 UMMAH tak dapat apa-apa....
SALAM 1  DUNIA pun tak dapat apa-apa....


So, jangan jawab salam 1 Malaysia....

Assalamu'alaikum adalah perkataan dalam bahasa syurga ataupun bahasa arab. Asalnya adalah perkataan salam. Salam bermaksud sejahtera. Hukum memberi salam adalah sunat, manakala menjawab salam adalah wajib. Kita memberi salam, maka kita telah mendoakan kesejahteraan bagi seseorang. Maka, kita juga akan di doakan kebahagian oleh orang lain apabila dia menjawab salam kita. Siapa tak suka bila ada orang mendoakan kita? Tipu diri sendiri kalau kita tidak suka di doakan. " Doa adalah senjata orang mukmin" . Hadiah paling berharga dari wang ringgit malahan harta duniawi adalah doa dari seseorang. Bayangkanlah, orang tersebut adalah hamba Allah yang dekat dengan Maha Esa seperti cucu keturunan nabi kita, apatah lagi jika datang dari kekasih hati kita.  Maka rugilah  sesiapa yang tidak mahu hadiah dan beruntunglah orang yang suka menyebarkan salam. Hatta Rasulluallah sendiri berebut-rebut memberi salam pada sahabatnya, apatah kita ini.


SAYA > Assalamua'alaikum
               ( Selamat sejahtera ke atas kamu )

KAMU > Wa'alaikumussalam
                ( Salam sejahtera juga ke atas kamu )





Mari KITA sebarkan salam antara satu sama lain.


TOLONG JAWAB SALAM SAYA  ;)




Dakwah di HONG KONG


Allhamdulliah yang pertamanya nak dirufu’kan pada Maha Pencipta alam. Alhamdulliah, setelah tamat pengajian di Kuala Kubu Bharu maka dakwah saya pun turut beralih ke bahagan utara pula. Sempena cuti Hari Wesak semalam saya dapat mencuri masa saya lagi untuk menghadiri satu TAMRIN atau senang saya cakap “meeting’. Alhamdulillah sangat ni sebab cuti… sebab cuti baru saya dapat join  disana lama sikit. Lama sudah berehat. Lama ke?


HERRY NURDY , nama yang tidak asing lagi dalam dakwah perjuangan islam. Pak Herry gelarannya. Mungkin ramai tidak mengenalinya  mungkin, kerana beliau adalah salah seorang pejuang  di INDONESIA sebenarnya. nak diceritakan hebatnya beliau dalam dakwah memerlukan masa yang panjang tapi satu saja yang perlu anada tahu, beliau adalah pejuang islam boleh lawat facebook beliau herry nurdy.
Perjumpaan kali ini amat menarik .Beliau menceritaken pengalaman beliau.

Sewaktu beliau ke HONG KONG dalam kerja dakwahnya dan beliau berkesempatan  untuk melihat bagaimana kehidupan rakyat Indonesia yang bekerja disana. Kebanyakanya perempuan disana bekerja sebagai pembantu rumah. Amat menarik sekali , perempuan-perempuan itu memakai niqab atau dikenali sebagai penutup muka dalam bekerja. Kehidupan mereka yang terpaksa berhijrah demi mencari sesuap nasi mereka sanggup merantau. Bukan sahaja bekerja di Hong Kong, tapi mereka sambil berdakwah disana malahan setiap hujung minggu mereka mengadakan usrah. Hebat bukan? Pembantu rumah yang hebat! 

Itu baru kita mengenali mereka dan cara mereka berjuang demi memepertahankan islam di negara asing yang kita sendiri tahu Negara Hong Kong  memang terkenal dengan budaya hedonism, librelsme dan yang utamanya adalah  kehidupan yang melampau.  Jika di Malaysia golongan muda–mudi berhibur di kelab malam dan pusat hiburan dan golongan yang dikenali sebagai golongan baik berada di masjid-masjid  tapi bagaimana kehidupan mereka di negara asing? Negara maju HONG KONG.

Mereka mengadakan majlis ta’alim , usrah, tazkirah di sebelah kanan & majlis tari menari pula ada disebelah kiri. Bayangkan??? Ya, itulah realitinya.

Maaf, saya tak sempat mengambil copy gambar dari Pak Herry. Lagi, Pak Hery bilang setiap hujung minggu mereka membawa beg yang besar.  Pak Herry hairan, “ beg besar untuk apa bu? “…. “ ini adalah perpustakaan, ada buku-buku didalamnya..”… jawapan seorang daie! Beg yang besar dipenuhi pelbagai buku-buku ilmiah...

Ta’ajub mendengarnya.  Mereka sanggup menuntut ilmu sebegitu rupa. Berjuang demi secebis ilmu ditempat orang. Mempertahankan maruah dan agama di tempat yang penuh dengan cabaran.  Hidup itu mulia kerana tiangya!.

Selepas itu kami mendapat taujihad dari seorang guru lagi, al-fadhil Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid. Ini antara ajenda baru beliau bersama aktivis yang lain :-



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bercadang menubuhkan sebuah hospital khas untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin tidak lama lagi dan usaha ke arah itu sedang pesat dilakukan terutamanya penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung MAPIM,Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan, jika terlaksananya projek berkenaan ia merupakan batu tanda bantuan Malaysia di sana selain bantuan peralatan, pakaian, ubatan dan makanan.

Dianggarkan pembinaanya ialah RM137 juta meliputi 10 tingkat yang menempatkan 100 katil khas untuk kanak-kanak sesuai dengan jumlah kanak-kanak di situ melebihi separuh penduduk Gaza.
“Dana untuk pembinaan hospital akan dikutip tidak lama lagi dan Mapim sedang menyaring petugas yang diamanahkan sebagai wakil kepada Mapim untuk mengutip derma berkenaan. Tokoh masyarakat juga akan dicari sebagai panel penasihat dan penaungnya.

Selain menumpukan pembinaan hospital, MAPIM juga bertekad akan melaksanakan projek masjid berkembar, bandar berkembar, taman kanak trauma perang dan sebuah markas ulama Timur Tengah di situ.

Perdana Menteri Palestin sendiri, telah memaklumkan bahawa hospital di Gaza tidak dapat menampung kecederaan yang menimpa kanak-kanak setiap kali serangan oleh rejim Israel.
“Demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang dan kerakusan rejim Israel, MAPIM akan melancarkan program tersebut setelah semuanya siap.

Sokongan semua rakyat amat diperlukan terutamanya masyarakat Islam agar lebih prihatin untuk bersama-sama menganjurkan majlis memperingati serangan rejim haram Israel ke atas Gaza dan bersama menyemarakkan sokongan pembinaan sebuah hospital di sana.


Majlis diteruskan dengan bincang masalah ummat dan sebagainya.....Ya, kami mengadakan perjumpaan bersama warga-warga " pengalaman"... sebilangan kecil sahaja kaum muda...



Banyak ilmu yang dikutip hari itu… Ingin saya kongsi kata-kata =)

BERDIAM ADALAH HIKMAH…
DIAMNYA MENJADI IBRAH….
DIAMNYA MENGGERAKKAN INSAN…
TUTURNYA MENJADI MUTIARA…
PERBUATANYA ADALAH MHASABAH…

Sepanjang majlis pertemuan itu.

pengerusi
bangun bersiap sedia
makan sekejap
meeting...
ahli berkaliber...
senaman pagi selepas qiam

nAK sOLAT yANG sENANG tAK?


senang je, kita tak perlu susah payah nak pergi gim supaya sihat, 
pergi taman permainan pun tak perlu jugak, jalan kaki nak ke masjid @ surau dah cukup,
jogging sambil kutip pahala...
setiap langkah kita menuju rumah Allah dikira amalan oleh Allah,
jimat masa kan!


kerja! kerja! kerja!..
death! death! death!...
so, pilih la nak yang mana,
kerja + xsolat =  PAHALA + DOSA
solat sahaja = 1 PAHALA
kerja + solat = DUIT + PAHALA
kerja+solat = SYURGA

itu baru tengok television,
facebook SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB,INSYAK...
usah kita bangga digelar pelajar genius,
takut-takut kita menjadi pelajar paling bodoh di dalam kubur pulak..
tak boleh jawab satu soalan pun...
na'uzubillah!


SOLAT itu adalah hak kita sebagai hambaNya ...
hidup kita selama-lamanya bermula dengan SOLAT...

Puisi Cikgu Sains Ku !


Kelmarin,
kamu adalah anak didik aku,
yang aku ajar satu ilmu,
yang aku tegur dan sapa mesra lalu,
dan hadiahkan aku..
"Terima kasih... cikgu".

Hari ini,
kamu telah bermetaformosis,
dah tumbuh sayap-sayap dari ilmu,
dan tiang-tiang paksi yang diajar gurumu,
bekal hari hadapan, melarik masa mendatang,
atas ilmu ini,
dari kasih ibu ayahmu,
dan restu saudaramu..

Esok,
Sarang kota ilmu ini akan kosong lagi,
pun begitu, kami sebagai pendidik,
suka bangga bersaksi akan terbangnya,
anak-anak didik Al-Maahad el-Mahmud,
Seantero dunia, sejagat maya pada..
Cuma satu pesan..
Seluang mengganak laut,
Selangit bangau terbang..
jangan lupa asal-usulmu..


Subhanallah...  terharu menjadi salah seorang pelajar CIKGU JAMIL A.BAKAR!
Hanya satu sahaja yang ingin di kata, TERIMA KASIH cikgu!

 
:'(
 


PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam,
tiada yang bisa ku lihat,
selain hanya namaMu,
Ya Allah


esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku,
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
jadikan aku selamanya,
hambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu,
saat Kau limpahkan kurniaMu,
dalam sunyi aku bersujud


CERITA ASHABUL UKHDUD tu apa ??















GHULAM OH GHULAM.... ^_^

cuba lihat surah 
AL-BURUJ ayat 4-9 &
AL-KAHFI ayat 9-26 
SAMA TAK???

Blogger Template by Blogcrowds