FOLLOWERS

Lesen Dan Keretaku


Hebat tak???


Cantiknya kereta baru saya!!!

Hari ini saya dapat lesen kereta okey... lulus...=) 
Jom sapa-sapa nak ikut jalan-jalan. Lesen motor dah boleh simpan.belagak betul. 

Takut jugak nak test jpj hari ni, tapi tak la macam nak ambik exam.huhu... Takut nak kena ambik lesen lagi sekali sebenarnya, nanti lagi lambat la nak pegang stereng sendiri.haha....Ok, first kena test Bahagian A, ada 3 bahagian. Mula-mula test "naik bukit", "parking" & "3 penjuru". Rezeki apa ntah hari ini saya pun tak tahu.Rezeki jangan ditolak, itu pesan orang tua-tua ye. Lepas saya habis test 2 bahagian iaitu "naik bukit"  &" parking" , tester dah bagi saya lulus 3 bahagian terus. Then, tester suruh saya ke Bahagian B terus iaitu test jalan raya. Saya tak test lagi "3 penjuru", huuuuh.... jangan jeles ye....

Okey satu test dah lepas, bahagian B lagi best. Nak tahu sebab apa???  Tester Jpj ada disebelah ! Lagi takut sebab tadi bahagian A tidak ada tester dan sekarang berdua dengan tester. Tapi jangan risau sebab dia bukan harimau pun.hehe... tester yang cakap ye... Saya pun drive la dengan bergayanya... Senyap sahaja tester ni, saya buat salah ke? " adik blajaq mana?" cakap pun.huhu.... rancak sangat bersembang sampai tak sedar dah sampai =)
Nak tahu sembang apa?Ini yang nak cerita ni..

Saya pun jawab soalan tester tadi, "baru habis belajaq', maybe dia tengok cara pakaian saya kot sebab rasanya saya yang paling pelik. Sembang  dan bersembang sampai la dia tahu saya siapa dan saya tahu siapa dia. Banyaknya saya tanya soalan dekat tester.Rasanya tak pernah dibuat dek orang pelatih menguji tester.hehe...Banyaknya ilmu baru yang saya dapat dari beliau.

" Adik, nabi yang paling miskin, nabi Isa. Nak tahu kenapa? Sebab nabi Isa tidak ada bapa. Nabi paling kaya, nabi Sulaiman.Kenapa semua nabi malu nak jumpa dengan Allah pada hari kiamat kelak kecuali nabi Muhammad sahaja? Sebab nabi Muhammad sahaja yang tidak pernah buat dosa, nabi lain pernah melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka seperti nabi Nuh meminta doa supaya selamatkan anak dan isteri beliau dari banjir.Ini kerana allah murka kerana mereka itu kafir. Nabi Musa pulak pernah terbunuh dengan menampar seorang lelaki kerana ingin meleraikan perbalahan yang berlaku pada lelaki tersebut dengan lelaki lain.Tetapi , Allah maha Pengampun. Nabi adalah utusan Allah yang paling mulia.Mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi dari dosa-dosa. (Dalam hatiku, nabi malu untuk berhadapan dengan Allah sebagai pencipta alam,bagaimana pula kita sebagai hambaNya yang lemah ini.)
Adik mesti menjaga makanan dari benda-benda syubhah dan selalulah makan kurma sukaan nabi untuk mengekalkan hafalan.(Semoga Allah sentiasa menjagaku.) Saya setiap hari akan minum air yang dibaca surah al-fatihah sebanyak 7kali. Saya akan berhadapan dengan orang ramai dan pelbagai cubaan dan ini akan menjaga saya.Subhanallah...hebat3x...  "

 Rupanya beliau  merupakan salah seorang bekas pelajar Pondok di Jitra... =)














Blogger Template by Blogcrowds