FOLLOWERS

2 MaJLls

Apa perasaan sekarang tak dapat nak cakap, tak dapat nak digambarkan. Gembira, sedih, seronok, takut, gementar, macam-macam yang ada di dalam satu jasad ini. Inilah yang dinamakan manusia, ataupun  insan.  Sama ja! Tapi bagi ana maksudnya tak sama. Nak tahu kenapa?? Insan datang dari perkataan “nasia” . Itulah yang  bermain di fikiran ini. ”Nasia” maksudnya “lupa”. Itulah kebenarannya. Itulah hakikatnya. Nak tahu tak ana ada kat mana sekarang. Sekarang tengah menaip kat tempat paling menarik sekali. Rasa-rasa apa?? Masjid DQ. Tapi perasaan….

Berdebar sangat ni sebab baru habis 2 majlis yang istimewa sekali selama ana tinggal  dekat sini dan sekaligus menjadikan  majlis yang  terakhir bagi ana dan kawan- kawan seperjuangan selama  berada di rumah kedua kami ini. Jom nak cerita sikit….

Pagi yang amat berangin sekali, ( musim angin ) banat dengan jubah labuhnya serta tudung bulat yang tersarung kemas  lagi bergaya berpusu-pusu berjalan ke Dewan Muktamar. DQ ada banyak musim, musim angin, panas, kering, sejuk tapi salji saja tak pernah ada (^_^). Kasut jangan ditanya, semua berkilat dan memang kalah kasut tentera. Tapi jangan risau , banat tak tabarruj. =)  Jauh  jugak  perjalanan nak sampai ke dewan, sebab hati berdebar-debar kot ataupun masing- masing dah tak sabar nak jumpa ibubapa masing-masing. Banin pun samalah jugak  beramai-ramai ke sana. Mereka dengan  serban dan jubah yang tak dapat dipisahkan. =) Baju pada majlis ini bertemakan warna silver. Cantik jangan nak dicakap, memang cantik sangat dan warnannya yang lembut. Tema Majlis Bersejarah ini adalah berkonsepkan Temporori. Pentas boleh dikatakan ala-ala majlis perkahwinan sebabnya ada pelamin, set  payung, dan banyak lagi yang tak dapat nak  disebutkan. Jangan fikir macam-macam ya.

Pagi-pagi lagi kami semua dah sarapan dan kemudian mendapat arahan untuk  berkumpul di  O.D. Berjalan pulak ke O.D macam nak pergi berperang. Lagi seronok rupanya dalam O.D, semua pakat bergambar, jadi jangan lepaskan peluang keemasan. Biasalah apabila semester akhir, beginilah ragamnya. Posing sana, posing sini sampai dah tak tahu nak tangkap apa.

 Maka masanya telah tiba, waktu yang mendebarkan. Perarakan  oleh pelajar-pelajar semester akhir, banin dan banat  diiringi oleh paluan kompang untuk berarak masuk ke pintu gerbang Dewan Muktamar. Ia  dimulai oleh banin dan diikuti oleh banat di belakang.  Alunan selawat dan zikir telah kedengaran bergema bagi meraikan pelajar-pelajar. Kami semua bararak dalam perbarisan dan menggambil tempat yang telah disediakan. Waktu inilah ibubapa melhat putera-puteri kesayangan mereka, anak-anak yang telah berjaya  dalam berjuang pada kalam Ilahi, insyAllah. Tiba-tiba pipi terasa panas, perasaan halus telah mempengaruhi. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu.

Jangan risau majlis berlangsung dengan aman sekali. Muqaddimah majlis dimulai oleh ucapan dari wakil pelajar  Semester 6 , Semester Intelektual Bi Akhlaqil Qur’an  (I.T.Q.A.N ) oleh saudara  As’ad yang juga merangkap sebagai Pengerusi semester akhir. Syukran jazilan kepada ibubapa guru-guru, rakan-rakan dan semuanya!

Selepas itu, ucapan oleh Pengarah JAKIM dan  Pengarah DQ. Menariknya, ucapan dari Pengarah JAKIM pada hari tersebut telah membuatkan ibubapa mengalirkan air mata. Beliau telah menjadi wasilah pada kami semua. Subhanallah.. Ucapannya  yang amat menyentuh hati qalbu  bagi sesiapa yang mendengarnya apatah lagi amanat-amanat yang disampaikan kepada pelajar sebagai hamalatul Quran dan kepada ibu bapa. Tanggungjawab yang diamanahkan itu perlu dilaksanakan. Di alkisahkan antara salah satu amanatnya adalah kepada pelajar banat J.  Ucapan beliau, “ Carilah kepada anak-anak perempuan kalian suami yang soleh, itu adalah salah satu tanggungjawab kepada mereka.”.  Bertuahlah banat-banat apabila mendengar ini. Sebagai selingan cerita, di alkisahkan…

Seterusnya, banin mengambil tempat di atas pentas seramai lebih kurang 150 orang. Acara kemuncak dimulakan. Mereka mengalunkan ayat–ayat suci al-Quran  bermula dari Surah ad-Dhuha sehingga Ummul Qur’an. Ia diakhiri oleh bacaan doa khatamul Qur’an  oleh al-Fadhil Ustaz Sya’bani bin Haji Awang.

Lagi satu, ana dah mula gelabah. =)) Lepas ni kena naik pentas. Segan la jugak, tapi cuba untuk gagahkan diri. Sijil telah berada di dalam genggaman, maka bersiaplah menghadapi hari yang bakal mendatang. Diringkaskan, majlis berakhir dengan kenangan yang amat indah sekali ….

JANGAN LUPA YA ADA LAGI SATU ……….

Malam 1001 KENANGAN”. Malam sudah menjelma. Makan Malam episod yang  dinanti-nanti. Nak tahu tak makan apa?? Nasi minyak, kambing bakar, ayam masak merah, dalca, dan macam-macam lagi la. Malam ini bertemakan  warna hitam, coklat dan ungu. Memang menawan sekali! Biasalah pakaian rasmi banat adalah jubah dan banin pula kemeja. Kami diberi amanat yang disampaikan oleh penasihat guru semester iaitu al-Fadhil Ustaz Yusri bin Chek. Majlis Makan Malam ini juga diserikan  oleh Pengarah Darul Quran JAKIM,  al-Fadhil Ustaz Paimuzi bin Yahya. Pengarah DQ datang lagi bertambah gembira.  Kenangan manis terakam pada  malam itu. Nak cerita memang tak cukup kertas J. Nasyid, tayangan dan sebagainya. Tayangan sketsa yang dilakonkan oleh pelajar banin sebagai  hamalatul quran telah menggambarkan kehidupan kami di luar bagi mengaplikasikan ilmu yang ada didada amat memberi  kesan dan peringatan  kepada semua pelajar. Kehidupan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi  setelah tamat pengajian di DQ. Ingatlah,  bergembira adalah sebagai tanda syukur pada Ilahi dan beringatlah dalam bergembira, taklifat kita sebagai pelajar DQ belum berakhir.

Harapan penulis merakamkan kenangan ini adalah memberi peringatan kepada diri ini terutamanya. Ana juga mengharapkan ramai lagi yang bercita-cita dan akan merialisasikan ibadah mulia ini dan dalam memartabatkan kalam ilahi. Inzar telah diingatkan oleh Maha Pencipta “ Sesungguhnya dunia ini adalah mainan “. Beruntunglah bagi manusia yang menjadikan dunia ini sebagai tanaman dan mengutip hasilnya  di Hari Kekal kelak. Sahabat seperjuangan, jangan disangka kita telah diberi tiket VIP ke Jannah, sebaliknya hinakanlah diri pada yang Maha Esa . Sesungguhnya Allah berfirman lagi “ Janganlah kamu berputus asa pada rahmat Allah… : Yusuf 87 ” , “ Sesungguhnya janji Allah itu benar “  . Moga kita dikumpulkan dengan para solihin kelak.  Amin ya rabb…..

 Nak tengok????

                                           cenderahati ...... cantik???

                                           indahnya pintu gerbang
                                           Dewan Muktamar..................

          
                                           Klimaks Majlis.... =)


                                           Pelamin ke ni?..................


                                          Sedapnya!!





                                          ( ^_^)





                                         Kelas Tasmikku...

     

  Imtihan  akhir  lagi seminggu….
  Mohon doakan najah ye…….
           
           

Blogger Template by Blogcrowds