FOLLOWERS

Dakwah di HONG KONG


Allhamdulliah yang pertamanya nak dirufu’kan pada Maha Pencipta alam. Alhamdulliah, setelah tamat pengajian di Kuala Kubu Bharu maka dakwah saya pun turut beralih ke bahagan utara pula. Sempena cuti Hari Wesak semalam saya dapat mencuri masa saya lagi untuk menghadiri satu TAMRIN atau senang saya cakap “meeting’. Alhamdulillah sangat ni sebab cuti… sebab cuti baru saya dapat join  disana lama sikit. Lama sudah berehat. Lama ke?


HERRY NURDY , nama yang tidak asing lagi dalam dakwah perjuangan islam. Pak Herry gelarannya. Mungkin ramai tidak mengenalinya  mungkin, kerana beliau adalah salah seorang pejuang  di INDONESIA sebenarnya. nak diceritakan hebatnya beliau dalam dakwah memerlukan masa yang panjang tapi satu saja yang perlu anada tahu, beliau adalah pejuang islam boleh lawat facebook beliau herry nurdy.
Perjumpaan kali ini amat menarik .Beliau menceritaken pengalaman beliau.

Sewaktu beliau ke HONG KONG dalam kerja dakwahnya dan beliau berkesempatan  untuk melihat bagaimana kehidupan rakyat Indonesia yang bekerja disana. Kebanyakanya perempuan disana bekerja sebagai pembantu rumah. Amat menarik sekali , perempuan-perempuan itu memakai niqab atau dikenali sebagai penutup muka dalam bekerja. Kehidupan mereka yang terpaksa berhijrah demi mencari sesuap nasi mereka sanggup merantau. Bukan sahaja bekerja di Hong Kong, tapi mereka sambil berdakwah disana malahan setiap hujung minggu mereka mengadakan usrah. Hebat bukan? Pembantu rumah yang hebat! 

Itu baru kita mengenali mereka dan cara mereka berjuang demi memepertahankan islam di negara asing yang kita sendiri tahu Negara Hong Kong  memang terkenal dengan budaya hedonism, librelsme dan yang utamanya adalah  kehidupan yang melampau.  Jika di Malaysia golongan muda–mudi berhibur di kelab malam dan pusat hiburan dan golongan yang dikenali sebagai golongan baik berada di masjid-masjid  tapi bagaimana kehidupan mereka di negara asing? Negara maju HONG KONG.

Mereka mengadakan majlis ta’alim , usrah, tazkirah di sebelah kanan & majlis tari menari pula ada disebelah kiri. Bayangkan??? Ya, itulah realitinya.

Maaf, saya tak sempat mengambil copy gambar dari Pak Herry. Lagi, Pak Hery bilang setiap hujung minggu mereka membawa beg yang besar.  Pak Herry hairan, “ beg besar untuk apa bu? “…. “ ini adalah perpustakaan, ada buku-buku didalamnya..”… jawapan seorang daie! Beg yang besar dipenuhi pelbagai buku-buku ilmiah...

Ta’ajub mendengarnya.  Mereka sanggup menuntut ilmu sebegitu rupa. Berjuang demi secebis ilmu ditempat orang. Mempertahankan maruah dan agama di tempat yang penuh dengan cabaran.  Hidup itu mulia kerana tiangya!.

Selepas itu kami mendapat taujihad dari seorang guru lagi, al-fadhil Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid. Ini antara ajenda baru beliau bersama aktivis yang lain :-



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bercadang menubuhkan sebuah hospital khas untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin tidak lama lagi dan usaha ke arah itu sedang pesat dilakukan terutamanya penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung MAPIM,Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan, jika terlaksananya projek berkenaan ia merupakan batu tanda bantuan Malaysia di sana selain bantuan peralatan, pakaian, ubatan dan makanan.

Dianggarkan pembinaanya ialah RM137 juta meliputi 10 tingkat yang menempatkan 100 katil khas untuk kanak-kanak sesuai dengan jumlah kanak-kanak di situ melebihi separuh penduduk Gaza.
“Dana untuk pembinaan hospital akan dikutip tidak lama lagi dan Mapim sedang menyaring petugas yang diamanahkan sebagai wakil kepada Mapim untuk mengutip derma berkenaan. Tokoh masyarakat juga akan dicari sebagai panel penasihat dan penaungnya.

Selain menumpukan pembinaan hospital, MAPIM juga bertekad akan melaksanakan projek masjid berkembar, bandar berkembar, taman kanak trauma perang dan sebuah markas ulama Timur Tengah di situ.

Perdana Menteri Palestin sendiri, telah memaklumkan bahawa hospital di Gaza tidak dapat menampung kecederaan yang menimpa kanak-kanak setiap kali serangan oleh rejim Israel.
“Demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang dan kerakusan rejim Israel, MAPIM akan melancarkan program tersebut setelah semuanya siap.

Sokongan semua rakyat amat diperlukan terutamanya masyarakat Islam agar lebih prihatin untuk bersama-sama menganjurkan majlis memperingati serangan rejim haram Israel ke atas Gaza dan bersama menyemarakkan sokongan pembinaan sebuah hospital di sana.


Majlis diteruskan dengan bincang masalah ummat dan sebagainya.....Ya, kami mengadakan perjumpaan bersama warga-warga " pengalaman"... sebilangan kecil sahaja kaum muda...



Banyak ilmu yang dikutip hari itu… Ingin saya kongsi kata-kata =)

BERDIAM ADALAH HIKMAH…
DIAMNYA MENJADI IBRAH….
DIAMNYA MENGGERAKKAN INSAN…
TUTURNYA MENJADI MUTIARA…
PERBUATANYA ADALAH MHASABAH…

Sepanjang majlis pertemuan itu.

pengerusi
bangun bersiap sedia
makan sekejap
meeting...
ahli berkaliber...
senaman pagi selepas qiam

4 ulasan:

subhanallah! tapi lain pula ceritanya amah di sini ya? dulu sy pernah ada amah. semuanya x tutup aurat

emm.. kenapa gambar2 tu senget2? hehe

20 Mei 2011 7:11 PG  

itu tak termasuk yang dera anak majikan...
na'uzubillah....

gambar?...
style.... =)

20 Mei 2011 7:19 PTG  

salam.
"hidup itu mulia kerana tiangnya" baca ayat ni terus melekat dihati..sanagt mendalam maksudnya.

22 Mei 2011 8:29 PG  

mantop...penghayatan kakyon...
hebat falsafah, mesti banyak musafir ni...


nice...^_^

22 Mei 2011 10:47 PTG  

Blogger Template by Blogcrowds