FOLLOWERS

on blogger, off facebook

Selamat Datang....

Selamat Kembali…
Welcome Back…

Sekarang saya  kembali mengadap blog… Baru berjinak-jinak dalam dunia blog dalam beberapa bulan yang lalu selepas saya telah mencapai cita-cita saya iaitu al-Quran… Habiskan al-Quran dan mulakan penulisan blog dan itulah janji saya pada diri sendiri… Alhamdullah saya  berjaya dan itulah janji saya pada sahabat-sahabat yang banyak bertanya bila nak ada blog….  Walaupun baru berkecimpung dalam dunia  blogger ini, sebenarnya tidak pernah memberitahu tentang kalamhurunain.blogspot ini. ..  Sekarang baru bersedia untuk memberitahunya.… maaf-maaf ye Bukan apa, sebenarnya saya sibuk dengan peperiksaan akhir semester  selepas pembikinan blog ini… haha alasan-alasan...

2 bulan sudah tamat pengajian , jadi faham-faham la soalan cepumas akan terjah bila-bila masa…pakcik,tokcik,sahabat,rakan,teman,sepupu,cikgu,ustaz,ustazah dan banyak lagi la…
= bila nak kawin….?
=kerja apa sekarang….?
=nak sambung belajar mana lepas ni….?
= sekarang buat apa….?
Macam –macam soalan sampai boleh buat karangan?... huhu….
Oleh kerana itulah saya sangat rindu akan sahabat-sahabat yang disayangi…
Oklah satu jawapan yang ingin saya beri pada semua soalan. Saya nak tumpukan perhatian pada blogger.Sekarang saya akan menjalinkan ukhwah persahabatan dengan rakan-rakan blogger...insyallah saya akan aktif blog kembali.....Rakan-rakan facebook, saya nak berehat sekejap f.b sehingga masa ditentukan... boleh percaya ke?... hihihi

KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT BARU BLOGGER SAYA…

sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
 Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan

Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan

Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya

Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan

Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
Dengan terpandang wajahmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Membacanya
Ilmu ku bertambah

ada pepatah mengatakan "jangan lindungi dirimu dengan pagar, tetapi dengan sahabat-sahabatmu"

SALAM PERKENALAN…
SALAM TA’ARUF
SELAMAT BERBLOGGER….=)


*nak ekspedisi ke dunia masyarakat pulak*

2 ulasan:

tu lagu ka apa??

23 April 2011 12:29 PTG  

dak.sajak/puisi....
untuk cik Munirah =)

26 April 2011 7:34 PTG  

Blogger Template by Blogcrowds