FOLLOWERS

WANITA CANTIK!

cantik kan gambar ni....
tapi saya bukan nak bagitahu siapa pengarang jantung saya...


Pagi-pagi kelebek laptop oren saya hari ini tetiba jumpa gambar ini.Rasa cantik sangat.Mungkin kerana mimpi mendapat sekuntum bunga ros segar.Bangun pagi hujai renyai-renyai bertambah lagi nak sambung berangan.Bagi wanita bila tengok bunga merah hati ini pun boleh senyum seorang,apatah lagi boleh tidur diatasnya.Tinggi betul cita-cita tambahan hari ini.Senyum ^_^


sebut     ROS           terbayangkan      PEREMPUAN
sebut     PINK         terbayangkan       PEREMPUAN
sebut     CANTIK   terbayangkan       PEREMPUAN


Benarlah syair telah menyebut dan mengatakan bahawa wanita hiasan duniawi.

Banyak kelebihan wanita untuk dirungkaikan.Hari ini kita boleh lihat wanita bukan sahaja hiasan duniawi malahan wanita boleh menggegarkan dunia dengan kelembutan dan kadang-kadang boleh membuatkan dunia seakan terbalik dengan tersalah langkahnya didalam keistimewaanya.


Kesalahnya mungkin boleh dikategorikan oleh saya sebagai tanda akhir zaman mungkin.Jangan sesekali meletakkan 101% kesalahan pada mereka yang bergelar gadis secara lazimnya.Mungkin kata-kata saya ini membuatkan anda sebagai pembaca mengatakan saya pembela wanita-wanita murahan diluar sana.Kita harus sedar bahawa sekarang kita sebagai ummat islam berada diambang bahaya dan teramat bahaya.Remaja khasnya lebih di ajar kehidupan secara librelism berbanding kehidupan islamic.Mereka yang boleh saya katakan masih mentah di dalam ilmu islam tidak boleh membezakan permata dan kaca,islam atau nafsu,atau lebih senang untuk dikatakan bahawa " jajahan akal dan fikiran "

~ ISLAM KAN BERSAUDARA ~


Bagi yang masih mencari apa itu islam juga boleh tersalah sasar dengan termasuk didalam penipuan tudung labuh dan serbannya atau songkok dan kopiah putihnya.Zaman sekarang ,jika Lisa Suriani boleh dikategorikan actor paling popular malahan juga golongan ini turut menyertainya.Mereka berlakon seolah seakan-akan memahami agama dan menarik ramai remaja yang mula berjinak-jinak dengan agama.Tambahan pula kuasa internet yang hanya dihujung jari dan terdapat pelbagai laman web yang boleh merosakkkan akidah sebagai ummat islam.


Masih tidak boleh dinafikan bahawa gerbang ilmuan masa kini sudah terbuka luas.Sebagai manusia bijak carilah ilmu dipelusuk alam mahupun diluar planet.Ikhlas mungkin menjadi kunci untuk menerima hidayah dari Ilahi. Doalah pada tuhan pengusa langit dan bumi.

Ingatkah kamu pada kalamNya :
" SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENGANGKAT DARJAT  HAMBANNYA YANG BERILMU "





Tetapi saya teramat hairan + pelik manusia dan insan yang amat mengenali agama masih di alam dunianya sendiri dan malahan lebih dhaif dari seorang mualaf yang amat dahagakan kehidupan seorang islam. Bukan untuk menuding jari tetapi sebagai peringatan diri yang semakin terpesong melihat keindahan dunia ini.Segan lah kita dimata manusia kerana manusia dicipta dari Penciptanya yang kita wajib segani.


Jika tidak mampu menjadi PENDOKONG agama,
Jadilah sebagai seorang PENYOKONG agama,
DAN bukanlah seorang PENGONGKONG kepada agama.







1 ulasan:

malu perisai seorang perempuan solehah ;)

9 Mac 2012 7:37 PTG  

Blogger Template by Blogcrowds