6 tahun yang lalu
FOLLOWERS
Selamat Datang....
Selamat Kembali…
Welcome Back…
Sekarang saya kembali mengadap blog… Baru berjinak-jinak dalam dunia blog dalam beberapa bulan yang lalu selepas saya telah mencapai cita-cita saya iaitu al-Quran… Habiskan al-Quran dan mulakan penulisan blog dan itulah janji saya pada diri sendiri… Alhamdullah saya berjaya dan itulah janji saya pada sahabat-sahabat yang banyak bertanya bila nak ada blog…. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia blogger ini, sebenarnya tidak pernah memberitahu tentang kalamhurunain.blogspot ini. .. Sekarang baru bersedia untuk memberitahunya.… maaf-maaf ye Bukan apa, sebenarnya saya sibuk dengan peperiksaan akhir semester selepas pembikinan blog ini… haha alasan-alasan...
2 bulan sudah tamat pengajian , jadi faham-faham la soalan cepumas akan terjah bila-bila masa…pakcik,tokcik,sahabat,rakan,teman,sepupu,cikgu,ustaz,ustazah dan banyak lagi la…
= bila nak kawin….?
=kerja apa sekarang….?
=nak sambung belajar mana lepas ni….?
= sekarang buat apa….?
Macam –macam soalan sampai boleh buat karangan?... huhu….
Oleh kerana itulah saya sangat rindu akan sahabat-sahabat yang disayangi…
Oklah satu jawapan yang ingin saya beri pada semua soalan. Saya nak tumpukan perhatian pada blogger.Sekarang saya akan menjalinkan ukhwah persahabatan dengan rakan-rakan blogger...insyallah saya akan aktif blog kembali.....Rakan-rakan facebook, saya nak berehat sekejap f.b sehingga masa ditentukan... boleh percaya ke?... hihihi
KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT BARU BLOGGER SAYA…
sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan
Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula aurat kudidedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan
Ingati daku
Hakikat ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya Menjadi benteng kukuh hasutan syaitan
Dengan terpandang wajahmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Membacanya
Ilmu ku bertambah
Ilmu ku bertambah
ada pepatah mengatakan "jangan lindungi dirimu dengan pagar, tetapi dengan sahabat-sahabatmu"
SALAM PERKENALAN…
SALAM TA’ARUF
SELAMAT BERBLOGGER….=)
*nak ekspedisi ke dunia masyarakat pulak*
Apa perasaan sekarang tak dapat nak cakap, tak dapat nak digambarkan. Gembira, sedih, seronok, takut, gementar, macam-macam yang ada di dalam satu jasad ini. Inilah yang dinamakan manusia, ataupun insan. Sama ja! Tapi bagi ana maksudnya tak sama. Nak tahu kenapa?? Insan datang dari perkataan “nasia” . Itulah yang bermain di fikiran ini. ”Nasia” maksudnya “lupa”. Itulah kebenarannya. Itulah hakikatnya. Nak tahu tak ana ada kat mana sekarang. Sekarang tengah menaip kat tempat paling menarik sekali. Rasa-rasa apa?? Masjid DQ. Tapi perasaan….
Berdebar sangat ni sebab baru habis 2 majlis yang istimewa sekali selama ana tinggal dekat sini dan sekaligus menjadikan majlis yang terakhir bagi ana dan kawan- kawan seperjuangan selama berada di rumah kedua kami ini. Jom nak cerita sikit….
Pagi yang amat berangin sekali, ( musim angin ) banat dengan jubah labuhnya serta tudung bulat yang tersarung kemas lagi bergaya berpusu-pusu berjalan ke Dewan Muktamar. DQ ada banyak musim, musim angin, panas, kering, sejuk tapi salji saja tak pernah ada (^_^). Kasut jangan ditanya, semua berkilat dan memang kalah kasut tentera. Tapi jangan risau , banat tak tabarruj. =) Jauh jugak perjalanan nak sampai ke dewan, sebab hati berdebar-debar kot ataupun masing- masing dah tak sabar nak jumpa ibubapa masing-masing. Banin pun samalah jugak beramai-ramai ke sana. Mereka dengan serban dan jubah yang tak dapat dipisahkan. =) Baju pada majlis ini bertemakan warna silver. Cantik jangan nak dicakap, memang cantik sangat dan warnannya yang lembut. Tema Majlis Bersejarah ini adalah berkonsepkan Temporori. Pentas boleh dikatakan ala-ala majlis perkahwinan sebabnya ada pelamin, set payung, dan banyak lagi yang tak dapat nak disebutkan. Jangan fikir macam-macam ya.
Pagi-pagi lagi kami semua dah sarapan dan kemudian mendapat arahan untuk berkumpul di O.D. Berjalan pulak ke O.D macam nak pergi berperang. Lagi seronok rupanya dalam O.D, semua pakat bergambar, jadi jangan lepaskan peluang keemasan. Biasalah apabila semester akhir, beginilah ragamnya. Posing sana, posing sini sampai dah tak tahu nak tangkap apa.
Maka masanya telah tiba, waktu yang mendebarkan. Perarakan oleh pelajar-pelajar semester akhir, banin dan banat diiringi oleh paluan kompang untuk berarak masuk ke pintu gerbang Dewan Muktamar. Ia dimulai oleh banin dan diikuti oleh banat di belakang. Alunan selawat dan zikir telah kedengaran bergema bagi meraikan pelajar-pelajar. Kami semua bararak dalam perbarisan dan menggambil tempat yang telah disediakan. Waktu inilah ibubapa melhat putera-puteri kesayangan mereka, anak-anak yang telah berjaya dalam berjuang pada kalam Ilahi, insyAllah. Tiba-tiba pipi terasa panas, perasaan halus telah mempengaruhi. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu.
Jangan risau majlis berlangsung dengan aman sekali. Muqaddimah majlis dimulai oleh ucapan dari wakil pelajar Semester 6 , Semester Intelektual Bi Akhlaqil Qur’an (I.T.Q.A.N ) oleh saudara As’ad yang juga merangkap sebagai Pengerusi semester akhir. Syukran jazilan kepada ibubapa guru-guru, rakan-rakan dan semuanya!
Selepas itu, ucapan oleh Pengarah JAKIM dan Pengarah DQ. Menariknya, ucapan dari Pengarah JAKIM pada hari tersebut telah membuatkan ibubapa mengalirkan air mata. Beliau telah menjadi wasilah pada kami semua. Subhanallah.. Ucapannya yang amat menyentuh hati qalbu bagi sesiapa yang mendengarnya apatah lagi amanat-amanat yang disampaikan kepada pelajar sebagai hamalatul Quran dan kepada ibu bapa. Tanggungjawab yang diamanahkan itu perlu dilaksanakan. Di alkisahkan antara salah satu amanatnya adalah kepada pelajar banat J. Ucapan beliau, “ Carilah kepada anak-anak perempuan kalian suami yang soleh, itu adalah salah satu tanggungjawab kepada mereka.”. Bertuahlah banat-banat apabila mendengar ini. Sebagai selingan cerita, di alkisahkan…
Seterusnya, banin mengambil tempat di atas pentas seramai lebih kurang 150 orang. Acara kemuncak dimulakan. Mereka mengalunkan ayat–ayat suci al-Quran bermula dari Surah ad-Dhuha sehingga Ummul Qur’an. Ia diakhiri oleh bacaan doa khatamul Qur’an oleh al-Fadhil Ustaz Sya’bani bin Haji Awang.
Lagi satu, ana dah mula gelabah. =)) Lepas ni kena naik pentas. Segan la jugak, tapi cuba untuk gagahkan diri. Sijil telah berada di dalam genggaman, maka bersiaplah menghadapi hari yang bakal mendatang. Diringkaskan, majlis berakhir dengan kenangan yang amat indah sekali ….
JANGAN LUPA YA ADA LAGI SATU ……….
“ Malam 1001 KENANGAN”. Malam sudah menjelma. Makan Malam episod yang dinanti-nanti. Nak tahu tak makan apa?? Nasi minyak, kambing bakar, ayam masak merah, dalca, dan macam-macam lagi la. Malam ini bertemakan warna hitam, coklat dan ungu. Memang menawan sekali! Biasalah pakaian rasmi banat adalah jubah dan banin pula kemeja. Kami diberi amanat yang disampaikan oleh penasihat guru semester iaitu al-Fadhil Ustaz Yusri bin Chek. Majlis Makan Malam ini juga diserikan oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, al-Fadhil Ustaz Paimuzi bin Yahya. Pengarah DQ datang lagi bertambah gembira. Kenangan manis terakam pada malam itu. Nak cerita memang tak cukup kertas J. Nasyid, tayangan dan sebagainya. Tayangan sketsa yang dilakonkan oleh pelajar banin sebagai hamalatul quran telah menggambarkan kehidupan kami di luar bagi mengaplikasikan ilmu yang ada didada amat memberi kesan dan peringatan kepada semua pelajar. Kehidupan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi setelah tamat pengajian di DQ. Ingatlah, bergembira adalah sebagai tanda syukur pada Ilahi dan beringatlah dalam bergembira, taklifat kita sebagai pelajar DQ belum berakhir.
Harapan penulis merakamkan kenangan ini adalah memberi peringatan kepada diri ini terutamanya. Ana juga mengharapkan ramai lagi yang bercita-cita dan akan merialisasikan ibadah mulia ini dan dalam memartabatkan kalam ilahi. Inzar telah diingatkan oleh Maha Pencipta “ Sesungguhnya dunia ini adalah mainan “. Beruntunglah bagi manusia yang menjadikan dunia ini sebagai tanaman dan mengutip hasilnya di Hari Kekal kelak. Sahabat seperjuangan, jangan disangka kita telah diberi tiket VIP ke Jannah, sebaliknya hinakanlah diri pada yang Maha Esa . Sesungguhnya Allah berfirman lagi “ Janganlah kamu berputus asa pada rahmat Allah… : Yusuf 87 ” , “ Sesungguhnya janji Allah itu benar “ . Moga kita dikumpulkan dengan para solihin kelak. Amin ya rabb…..
Nak tengok????
cenderahati ...... cantik???
indahnya pintu gerbang
Dewan Muktamar..................
Klimaks Majlis.... =)
Pelamin ke ni?..................
Sedapnya!!
( ^_^)
cenderahati ...... cantik???
indahnya pintu gerbang
Dewan Muktamar..................
Klimaks Majlis.... =)
Pelamin ke ni?..................
Sedapnya!!
( ^_^)
Kelas Tasmikku...
Imtihan akhir lagi seminggu….
Mohon doakan najah ye…….
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”
SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”
Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat ku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras, tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar muhasabah dalam erti kata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..Ya Allah betapa bertuahnya bilamana diriku diuji... Ya Allah bahagianya bilamana aku yang di pilih merasainya.... Ya Allah adakah benar akan dimakbulkan taubatku....
* Ya Rabbi.....
Yang Maha Pemurah lagi Maha. Penyayang....
Yang Maha Mengetahui. Lagi Maha Mengasihani.....
Yang Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana.....
Aroma haruman mawar terus meleket di lingkaran hati-hati kurniaan ilahi. Harum segar mawar bukan sekadar di cium, indah kelopak bukan sekadar dikagumi, , tapi durinya yang mampu menarik hati padaMu. Mawar itu perempuan dan perempuan itu mawar. Misal yang tidak akan dapat diubah lagi! Manakala haruman bidadari-bidadari syurga telah menjadi igauan bagi permata-permata duniawi iaitu perempuan-perempuan yang impikan syuga ilahi. Allahu akbar…
HurunAin…. Bidadari…… Angel………
Apa ya??
Ia adalah bidadari yang bermata bening. Bidadari adalah wanita-wanita yang cantik bagaikan permata yang bercahaya. Kesempurnaan bidadari lebih sempurna dari wanita-wanita cantik di dunia. Bagaikan mutiara dengan air muka bijaksana. Wajah yang bersinar bagai bulan. Seolah-olah batu permata yakut dan intan berlian yang berkilau-kilauan. Kecantikan bidadari tidak dapat dihuraikan oleh kata-kata, dan bidadari lebih cantik dari apa yang di khayalkan dan di impikan.
Setiap perbuatan akan mendapat balasan. Syurga dan Neraka adalah penentunya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan kepada lelaki-lelaki soleh pendamping dan teman di syurga kelak iaitu bidadari-bidadari syurga. “Tak kenal maka tak cinta”. Jom kita tinjau-tinjau dengan lebih dekat lagi siapakah yang di katakan bidadari-bidadari syurga ini.
و حور عين
BIDADARI YANG CANTIK PARASNYA
MUTIARA-MUTIARA YANG TERSIMPAN DENGAN BAIKNYA
Bertepatan dengan sabda Rasullullah yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : “ bahawaKu sediakan hamba-hamba ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah di dengar oleh telinga,belum pernah tergambar didalam sanubari manusia”.
Subhanallah… memang tidak dapat di sangkal lagi akan keindahan ciptahanNya. Bidadari di ciptakan dari 4 warna iaitu putih, hijau, merah dan kuning. Tubuh badanya dari 4 unsur iaitu za’faran, miski (kasturi), ambar (wangian), kafur (mayang kurma). Dinamakan hurunain juga kerana matanya yang mempesona. Matanya di gelar ’ilinun iaitu lebar mata dan bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang dan lebar mata yang sangat indah mempesona serta mata bagaikan kijang atau sapi muda liar, bulu mata bagaikan sabit di bulan sya’ban dan kening bagaikan bulan yang baru muncul. Bentuk tubuh yang anggun,bau badan yang harum semerbak, bibir semanis gula, mata yang indah mnawan dengan bulu mata melengkung bagaikan sepasang busur yang ditekuk, seraut wajah yang kecermelangan, bagaikan cahaya bulan purnama bagaikan sebuah bintang yang besar dilangit.
Ana boleh katakan disini , orang akan kehilangan akal dan hilang fikiran sehingga ia boleh jatuh pengsan. Rahsia yang bukan menjadi rahsia lagi. Bidadari bernyanyi. “Kamilah wanita yang baik dan cantik yang disediakan untuk suami yang berbudi baik”. Sesunggunya bidadari menunggu suaminya dengan penuh sabar bakal suaminya yang masih hidup atau yang sudah meninggal. Sesunggunya suami isteri yang soleh akan di kumpulkan semula dan tetap akan dihadiahkan bidadari. Timbul persoalan??? Apa yang akan diperoleh oleh wanita sedangkan orang lelaki akan mendapat bidadari???
La tahzan=))
Pernahkah kita mendengar sesungguhnya kekasih Allah telah bersabda dan mengatakan bahawa wanita di dunia telah menjadi tua kulitnya telah berkeriput di bentuk semula oleh Allah menjadi gadis yang cantik sebaya umurnya. Lagi satu jom kita mengungkap rahsia bidadari syurga. Bidadari memiliki sifat yang amat-amat cemburu sekali. Walaupun suaminya masih di dunia , bidadari sangat kuat cemburunya.Tiada seorang isteri menggoda suaminya, melainkan bakal isterinya di syurga berkata : celakalah engkau jangan ganggu dia sebab hanya sementara berkumpul bersamanya dan hampir meninggalkan engkau untuk berkumpul bersama kami. (riwayat Termizi). Jom kita lihat kalam Allah berfirman : Ya tuhan kami ,masukkanlah mereka itu ke dalam syurga yang kekal yang telah engkau janjikan kepada mereka, dan masukkanlah orang-orang soleh diantara bapa-bapa, isteri-isteri , dan anak mereka. Jadi, muslimah-muslimah jangan risau ya. =))
Muslimah- muslimah yang telah berkahwin akan di kumpulkan semula dengan suaminya di dunia dahulu. Manakala akhwat yang tidak berkahwin akan di kahwinkan dengan ahli syurga. Allahu akbar. Wanita-wanita solehah akan menjadi ketua bidadari-bidadari syurga. Sesungguhnya martabat wanita dunia itu lebih tinggi dan bernilai.
Wanita itu mudah ke syurga.Wanita itu juga terlalu senang ke neraka. Maka beruntunglah kerana mentaati suami dan ibubapa. Di syurga kelak perempuan-perempuan boleh pilih memasuki mana-mana pintu syurga. Beruntung... beruntung..... Hidup bahagia di dunia, senang di akhirat. Selamat beramal pada isteri-isteri solehah mahupun bakalnya.Tenanglah muslimin dalam berjuang dalam agamamu. Jadikanlah janji -janji tuhanmu sebagai pembakar semangat dalam menegakkan agama yang tercinta.... Bergembiralah anda wahai jundi-jundi rabbMu wahai banin dan banat ...... Syurga......Syurga itu manis,…….
Nasyid yang menyentuh kalbu…. Insyallah sebagai pembakar diri kita semua bergelar hambanNya…..Terimalah
Dirimu pembakar semangat perwira,
Rela berkorban demi agama,
Kau jadi taruhan berjuta pemuda,
Yang bakal di nobat sebagai syuhada,
Itulah janji pencipta, Yang Esa.
Engkaulah bidadari syurga,
Bersemayam di mahligai bahagia,
Anggun gayamu wahai seorang puteri,
Indahnya bermandi seri.
Menjadi cermin tamsilan kendiri,
Untuk melakar satu wacana,
Buatmu bernama wanita.
Ainul Mardhiah,
Kau seharum kuntuman ditaman syurga,
Menantinya hadirnya seorang lelaki,
Untuk menjadi bukti cinta sejati.
Oh tuhan ,
Bisakah mencari di duni ini ,
Seorang wanita bak bidadari,
Menghulurkan cinta setulus kasih,
Dihati lelaki bernama kekasih.
[TAJUK> AINUL MARDIAH
ARTIS> UNIC
LIRIK> US PAHROL MD JUOI]
بسم الله الرحمان الرحيم
Allahu akbar..... Walillahilham.....
Air mata berguguran pada lafaz kalamMu ya Rabb...
Aku teramat - amat bersyukur ke atas nikmat yang tak terhingga yang telah Kau berikan....
Nikmat yang amat besar Kau telah kurniakan kepada hambaMu yang serba kekurangan ini....
Ya tuhannku penguasa langit dan bumi, jadikanlah aku hamba yang bersyukur ke atas nikmat - nikmat yang telah kau berikan tanpa berkurangnya kekuasaanMu....
Siapalah aku tanpaMu...
Ya Tuhanku...
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Ya rabbul 'Izzati.....
Jadikanlah aku hamalatulMu......
Jadikanlah aku hamalatul yang mengingati kalamMu...
Jadikanlah aku hamalatul yang mengamal kalamMu..
Jadikanlah aku hamalatul yang menyebar kalamMu..
Jadikanlah aku hamba yang solehah pada ibubapaku.....
Jadikanlah aku hurunain di syurgaMu kelak.....
Jadikanlah aku syahid dijalanMu...
Jadikanlah aku hambaMu yang dipilih...
Ampunilah aku ya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar...
Tuhanku...
Aku dipilihMu...
kalamMu menjadi bukti pilihanMu padaku...
Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah.....
Tak pernah ku impikan sepanjang hidupku... Aku dipilihMu.... aminn... Adakah ini satu teguran?......Adakah ini satu anugerah?..... Adakah ini satu kafarah....? Adakah ini menjadi batu loncatanku?...... Ya Rabb.... Ampunilah aku....Suatu ketika, aku ibarat berada di awangan.... aku satu - satunya ??? puteri?......Allahu akbar... apakah hikmahnya... ampunilah aku.... Ya Tuhanku..bantulah hambaMu ini... Maktab Mahmud Alor Star masih segar di ingatanku..... moga aku dapat membuktikannya Ya Rabbi Ilahi.... moga aku mendapat hikmahMu... aku ingin berjuang pada jalanMu...Ya, aku mahu!!!
Hatiku berkata - kata............ dipersembahkan..............
HURUNAIN..............
Bismillahirrahmanirrahim...
Raisah Hurunain Fil Jannatul Firdaus...
Allah S.W.T dan Rasulluah S.A.W Matlamatku...
KalamMu Dan Sunnah Panduanku...
Hamalatul Quran Taklifatku...
Syahid Di JalanMu Cita-Citaku...
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulluallah...
Hurunain Impianku Ya ALLAH...
Bismillahirrahmanirrahim...
Raisah Hurunain Fil Jannatul Firdaus...
Allah S.W.T dan Rasulluah S.A.W Matlamatku...
KalamMu Dan Sunnah Panduanku...
Hamalatul Quran Taklifatku...
Syahid Di JalanMu Cita-Citaku...
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulluallah...
Hurunain Impianku Ya ALLAH...
Bersamaan 12 Muharram 1432 Hijrah pada hari Sayyidul Ayyam yang barakah ini....
Ya Allah... bermulalah pengembaraan penulisan blogku...rahmatilah daku... amin......
( Alhamdulillah... Aku dipilihMu)
Langgan:
Catatan (Atom)

















